My Mobile : +6012-9961922

Cadangan Semakan Gaji Minimum Di Malaysia

16/05/2011 14:48

Source: www.beritasemasa.com

Apabila berita-berita kenaikan gaji kakitangan awam, sebahagian besar kakitangan swasta masih mendapat gaji seperti ungkapan :

“Bak telur di Hujung Tanjuk” << Sesuai ker?

Ini bukan soal melatah ataupun tidak bersyukur ataupun dengki dengan kakitangan kerajaan. Biarlah itu rezeki mereka. Tetap yang menjadi persoalan sekarang, sampai bila mereka perlu berhadapan dan menerima gaji yang sekadar cukup-cukup makan sahaja. Tahun sudah berganti tahun, mereka sebenarnya masih terus berharap dan berharap, nasib mereka terus terbela. Mekanisme macammana terpulang kepada kerajaan Malaysia. Kalau kerajaan Malaysia ingin mendapat pandangan dan respon daripada kakitangan swasta, saya pasti mereka akan bekerjasama. Yang penting di sini. BERTINDAK!!!

gaji4 Cadangan Semakan Gaji Minimum di Malaysia

Dirasakan sudah tiba masanya semakan gaji minimum di Malaysia dilaksanakan. Sebelum ini idea dan usul seperti ini telah lama dicadangkan oleh NGO yang berkaitan dengan buruh, tetapi masih belum dapat direalisasikan. Banyak halangan kata kerajaan Malaysia sebelum ini.

Memang bukannya mudah untuk membuat semakan gaji minimum di Malaysia terutamanya melibatkan kakitangan swasta yang terlibat dalam sektor perkilangan. Yang pastinya cadangan semakan gaji minimum di Malaysia ini akan ditolak oleh kebanyakan peniaga/majikan. Lebih-lebih lagi melibatkan syarikat daripada luar negara. Apa yang dilihat apabila dilaksanakan semakan gaji minimum di Malaysia, akan memberikan kesan kepada margin keuntungan bagi sesebuah syarikat, seterusnya kemungkinan harga barang akan dinaikkan. Akan ada syarikat luar tidak lagi berminat untuk menggunakan pekerja tempatan dan beralih pula khidmat mengambil pekerja asing. Natijahnya, penganguran bertambah.

“Orang bisnes, kalau boleh nak untung bertambah dan margin keuntungan mereka semakin besar”

Semakan gaji minimum di Malaysia > Kos buruh bertambah > Kos pembuatan juga bertambah = Harga barang naik = Pelabur asing tak berminat untuk masuk Malaysia

Pernah dahulu zaman Tun Dr. Mahathir, Malaysia merupakan negara pengeksport penghawa dingin terbesar dunia disebabkan salah satu faktornya kos buruh rendah, harga barang adalah murah dan kompetitif. Dulu……………

Sekarang? Kalau sekarang……..pelabur-pelabur mula mencari pasaran baru untuk melabur, yang mampau menyediakan tenaga buruh yang banyak dengan kos yang rendah. Negara-negara seperti China, India, Indonesia dan Vietnam menjadi sasaran mereka. Bukannya penyelesaian seperti cadangan semakan gaji minimum di Malaysia adalah mutlak. Kalau macam itu, bagaimanakah caranya. Jadi……kerajaan Malaysia perlu mencari cara lain yang efektif untuk mengatasi masalah ini.

  • Pihak Majikan menentang Gaji minima di Malaysia
  • Pihak Buruh menyokongla Gaji minima di Malaysia

Ya…mungkin untuk melaksanakan cadangan semakan gaji minimum di Malaysia akan mengalami kesukaran terutamanya sektor-sektor pembuatan, perkilangan contohnya. Mungkin kita boleh beralih dengan menuntut :

  • Kerajaan kawal dan pantau harga barang seketat-ketatnya. Jangan hangat-hangat tahi ayam ataupun bermusim
  • Tambah subsidi harga untuk barangan tertentu macam beras, minyak masak, tepung, gula dan lain-lain.
  • Kenakan tindakan sekeras mungkin kepada ‘permainan harga’ golongan kapitalis-kapitalis ini
  • Cukai-cukai yang membebankan rakyat Malaysia itu boleh dihapuskan atau dikurangkan
  • Cadangan anda?

Kalau macam ini tidak dilakukan semakan gaji minimum di Malaysia pun tidak mengapa. Macam saya kata pada permulaan artikel ini, apa gunanya kalau naik gaji setinggi gunung Everest sekalipun, harga barang kemudiannya tetap melonjak naik, What’s the point?

Contoh situasi : Seorang operator pengeluaran sekarang ini, gaji permulaan hanyalah sekitar RM400 + RM180 elaun (kedatangan/transport/umah/makan…kalau hadir penuh dan tidak duduk hostel). Itu belum ditolak KWSP dan Perkeso. Katakanlah kalau dalam satu bulan tu takde OT, berapa gaji mereka yang tinggal?

Yang bekerja sebagai operator pengeluaran kebanyakannya para-para ibu yang berpendidikan rendah, yang membantu suami untuk memantapkan ekonomi. Kalau suami isteri keluar bekerja, siapa nak jaga anak. Kos penjagaan anak pun sama mahal macam petrol! kalau ada anak 5, semua hantar taska, agak-agak berapa ratus kena bayar?

Sebab tu ada wanita yang tak kerja, disebabkan kos jaga anak di taska lebih mahal daripada gaji yang diterima setiap bulan….

P/S : Macam mana tu. Itu hanya sekelumit masalah daripada ramai-ramai yang masih menanti sinar. Apa respon anda dengan cadangan semakan gaji minimum di Malaysia. Mekanisme apa yang patut digunapakai?

Contact

Aszroul's Online Resume

aszroul.nazren@yahoo.com

3-Jln. Sibur-Sibur,Tmn. Desa Permai, Kangkar Pulai, 81110, Johor Bahru JOHOR DARUL TAKZIM

+6012-9961922

Search site

© 2011 All rights reserved.

Make a website for freeWebnode