My Mobile : +6012-9961922

10 sebab utama kenapa pekerja perlu membuat keputusan untuk berhenti kerja

16/05/2011 14:29

10 sebab utama kenapa pekerja perlu membuat keputusan untuk berhenti kerja

 

Berhenti bekerja bukanlah suatu perkara yang mudah. Banyak faktor perlu diambil kira dan diberikan perhatian. Sebelum membuat keputusan muktamat untuk berhenti bekerja, biasanya pekerja telahpun membuat keputusan untuk mencari pekerjaan lain dan mungkin ada juga yang bercadang untuk memulakan perniagaan sendiri.
Tidak dapat dinafikan di seluruh dunia bahawasanya pekerja adalah tunggak kepada perniagaan sesebuah syarikat. Tiada pekerja maka majikan tidak akan dapat meneruskan operasinya sekaligus membuat keuntungan. Pada hari ini kita telah lihat ada beberapa ramai pekerja yang membuat keputusan untuk berhenti bekerja. Kenapa perkara ini terjadi? Adalah penting bagi setiap majikan untuk mengkaji perkara ini kerana manfaatnya boleh dinikmati bersama.
10 sebab utama kenapa pekerja membuat keputusan untuk berhenti kerja (biasanya terjadi di syarikat-syarikat kecil yang mempunyai beberapa subsidiari di mana setiap pekerja perlu membuat multi-tasking-job)
1- Majikan terlalu memerah tenaga & otak pekerja semaksimum mungkin sehingga pekerja tadi tidak terdaya lagi untuk meneruskan pekerjaannya
2- Majikan tidak memberikan bayaran/gaji yang setimpal dengan pekerjaan yang telah dipertanggungjawabkan contohnya memberi gaji mengikut tangga gaji 5 tahun lepas (majikan perlu mempertimbangkan tangga gaji yang sepatutnya kerana semua barang sekarang telah mahal)
3- Majikan tidak pernah berterima kasih atau menghargai jasa pekerja terutama yang telah bekerja lebih daripada 5 tahun
4- Majikan tidak pernah membayar bonus apatah lagi memberi kenaikan gaji sepanjang bekerja
5- Majikan yang hanya mementingkan keuntungan syarikat tanpa memahami masalah yang perlu pekerja hadapi untuk mengekalkan keuntungan tersebut
6- Majikan yang terlampau berkira, suka menindas dan tidak bertimbang rasa sekiranya pekerja menghadapi sebarang masalah terutama berkaitan dengan pengambilan cuti dan kelewatan datang kerja
7- Majikan yang terlalu pilih kasih dan lebih suka melayan pekerja-pekerja tertentu sahaja (ofis politik)
8- Majikan yang terlalu suka bersyak-wasangka yang bukan-bukan terhadap pekerjanya dan juga suka merendah-rendahkan pekerjanya
9- Majikan yang hanya tahu mencari kelemahan dan kesalahan pekerjanya sahaja tanpa cuba untuk bersama-sama mencari jalan penyelesaIan kepada masalah yang dihadapi
10-Majikan yang suka memberi janji-janji palsu kepada pekerjanya contohnya seperti kenaikan gaji, pangkat dan sebagainya tetapi tiada satupun yang pernah ditunaikan
Sekiranya anda menghadapi 8 daripada 10 masalah di atas, maka keputusan anda untuk berhenti kerja adalah tepat sekali dan jangan membuang masa lagi untuk mencari pekerjaan yang baru kerana tanpa anda sedari bahawasanya majikan-majikan ini sebenarnya memang suka mengambil peluang untuk mengenakan anda dan menindas pekerjanya. Bagi mereka satu pekerja pergi, mereka boleh mencari 10 lagi pekerja yang akan datang untuk bekerja. oleh itu, kesimpulannya, jangan menoleh ke belakang lagi, carilah majikan yang bagus dan berusahalah memburu kejayaan anda

Contact

Aszroul's Online Resume

aszroul.nazren@yahoo.com

3-Jln. Sibur-Sibur,Tmn. Desa Permai, Kangkar Pulai, 81110, Johor Bahru JOHOR DARUL TAKZIM

+6012-9961922

Search site

© 2011 All rights reserved.

Create a website for freeWebnode